Tuesday, February 26, 2013

Utamakan lah pandangan ALLAH daripada pandagan manusia

    Bukan mudah untuk berubah dan melakukan penghijarah kepada sesuatu yang berbeza dgn diri kita yang sebenar... Ia nye memerlukan azam dan tekat yang ditanam betul2 dalam sudut hati kita... bukan mudah untuk mengekalkan nye kerana bermacam dugaan yang kita harus tempuhi terutama orng yang berada disekeliling kita.. perlagai tomahan yang dlemparkan, dpandangan seperti kita ini menjengkilkan.. hanya ALLAH sahaja mengetahui seperit mana dugaan yang diterima..tapi ini bukan penghalang untuk mendapatkan jalan keredhaan ALLAH.. 
     

       Tambahan pula kita merupakan manusia yang telalu banyak membuat maksiat kepada ALLAH, kita sering diperlekehkan degan kata-kata seperti " eh, bukan ke budak ni yang salu naik moto ngan pakwe die tu.. nape tbe-tibe je berubah?eleh, kejap je tu, esok tngk la,mesti xde da handguard ngan stoking tu"," amboi,lain nye sekarang, nape tibe-tibe  je nie? couple ngan ustaz ke?"..masyaallah, sabar je la ngan manusia yang sebegini rupa..bibir mengukir senyuman yang manis tapi hati luluh tatkala menerima kata-kata sebegini rupa terutama orang yang paling rapat dengan kita,orng yang sama-sama membesar dengan kita..alhamdullilah ALLAH memberikan kesedaran kita sebelum terlambat.. kita harus mengambil kata-kata yang menikam jiwa itu sebagai penyuntik semangat kita untuk terus berubah dan terus berusaha kearah kebaikan.   
     

       Jika ingin berubah,teruskan lah.. jangan difikirkann mulut orng ingin bercakap tentang perubahan kita dan melemparkan kata-kata yang memeritkan sekalipun kerana kita hidup didunia ini bukan untuk memuaskan hati manusia  tetapi mencari amal ibadat yang dibawa ke akhirat kelak..."satu jari tunjuk pada orang, tapi 4 jari tunjuk pada diri kita sendiri"...
     

            Jika hati kita payah sangat nak menerima ajaran dan nasihat orang, kita harus lah bertindak secepat mungkin kerana hati kita sudah gelap.. sucikan lah ia dengan menghadiri majlis-majlis ilmu seperti ceramah agama, forum dan usrah..pastikan setiap hari mendengar nasyid atau ceramah agar ade sesuatu yang mengingatkan kita kearah kebaikan supaya tidak terus khayal dengan mainan dunia..selain itu juga, kita harus lah sentiasa berusaha berkawan dengan orang-orang yang sentiasa mendekatkan diri dengan ALLAH, pelbagai ilmu yang baik akan kita peroleh.. boleh dijadikan bahan rujukan dan pembakar semngat untuk kita jalan seiring dengan die mencapai keredaan didunia dan diakhirat.. ukhwah yang diselitkan dengan ibadat dan kerana ALLAH insyallah akan menjamin keharmonian..
      

           Berubah la sebelum terlambat,.. jangan terlalu mengikut nafsu yang tiada penghujung nye itu.. jangan fikir lau berubah t mesti nak kena pakai jubah, tudung labuh, tak bole nk berfesyen ngn pakai pakaian yang cantik.. fikir lah.. ape yang kita cari dengan fesyen yang mendedahkan aurat kita?? untuk siapa kita buat macam 2?? untuk ditayangkan kepada laki yang bukan muhrim, yang belum tentu menjadi halal untuk kita atau untuk dijadikan bahan pandangan mata orang?.. sia-sia sahaja kawan ku sayang bertindak sebegitu rupa.. ianya hanya mendatangkan padangan buruk daripada orang.. gunakan lah kecantikan yang diberikan allah kearah kebaikan supaya kita semua tidak diturunkan bala yang telah banyak berlaku diluar sana...
     

          Masih belum terlambat untuk kita berubah dan berhijrah.. seteruk mana seseorang, insyaalah dengan taubat nasuha, masih de tempat untuk kita dikalangan orang yang diredaiNYA.. hentikan kan melakukan perkara yang sia-sia yang merujikan kita sepenuhnye..bersihkan lah hati kita agar allah tidak menutup hati kita.cari lah sinar keredaannya.. kita adalah sama, bezanya hanya amalan kita, jangan hancurkan hidup yang indah yang kita peroleh ini kerana hanya pinjaman ALLAH kepada kita untuk mengukur sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita kepada NYA. layak kah seorang hambaNya melakukan perkara yang dilarang dan meninggalkan tuntutan penciptanya???? jawapan nye ada pada tindak tanduk kita sekarang..... 
         


          Tengok lah ALLAH menujukkan kuasaNYA pada negara jiran kita... fikirlah sayang ku.. "JIKA ALLAH KATA JADI, MAKA JADILAH"

manusia mati dalam sekelip mata

air melimpah kedaratan memusnahkan segala harta benda dan  hambanye yang tidak bersyukur, dan tidak terkecuali hambanya yang lain

dipeliharanya masjid untuk menunjukan kebesaranya , dan menjadi peringatan kepada manusia yang lain

mayat bergelimbangan 


WALLAHUALAM.......

No comments:

Post a Comment